Tahun 63 Sebelum Masihi, Jerash dikuasi oleh Jeneral Pompeii dari Rum
Timur yang menukar nama Jerash kepada Gerasa.
Jerash turut dipengaruhi rakan perdagangan dan sekutunya iaitu kerajaan arab Nabatean dalam pelbagai aspek. Pada 106 masihi Maharaja Rum Trajan berpendapat bahawa arab Nabatean adalah musuh lalu serangan dilancarkan ke atas pusat mereka di Petra. Tanda kemenangan mereka dipamerkan dengan terbinanya gerbang utara dihujung Cardo.
Tugu Hadrian atau tugu kejayaan
merupakan monumen pertama yang kelihatan dari pusat pelancongan Jerash. Dibina
pada 130 masihi sebagai meraikan kedatangan Mahajara Rum Hadrian.
Tahun 395 masihi menyaksikan agama kristian menjadi agama dominan di Jerash sehingga di era Maharaja Justinian (527-565 Masihi) bilangan gereja meningkat kepada 12 buah.
Pada 614 masihi, Jerash dikuasai Parsi yang membinasakan hampir semua monumen mereka, namun Rum dibawah pimpinan Maharaja Hercules pada 627 masihi telah merampas semula Jerash dan kerajaan Arab Ghassan berada dibawah pemerintahan mereka.
Pada 636 masihi merupakan detik dimana Islam menguasai Jerash dan kegemilanganya ternyata pada zaman Umawiah. Ia terkenal sebagai lombong perak dan gangsa disamping kawasan industri tembikar. Antara binaan yang kekal ialah masjid Umawiah Jerash antara masjid tertua di Jordan.
Tahun 749 masihi Jerash dilanda gempa bumi yang menyebabkan populasi penduduknya merudum kepada 4000 sahaja.
Jerash tidak terkecuali daripada bahang Perang Salib apabila Raja Baldwin I (1058M-1118 masihi) cuba menguasainya namun gagal dan pada percubaan menguasai Syria, tentera salib telah memusnahkan sebahagian kawasan Jerash dan membakarnya.
Pada zaman Turki Uthmaniah bandar ini dipelihara dan masjid telah didirikan. Jerash telah menjadi daerah di bawah kerajaan Jordan dengan mandat British (Trans-Jordan) sehinggalah Jordan mencapai kemerdekaan pada tahun 1946. Jerash menjadi sebuah tapak arkeologi utama di Jordan.

No comments:
Post a Comment